Monday 5 March 2012

Tips Warna Makanan #3: Putih

Oh, putih yang suci...






Tahukah kamu makanan dalam rangkaian warna putih menyokong fungsi enzim yang sihat, mengekalkan metabolisme tulang yang sihat dan juga membantu menjaga fungsi arteri?



JUMLAH YANG PERLU KAMU MAKAN DALAM SEHARI:


- 1 biji pir besar
- 1 biji pisang kecil
- 1/2 cwn kacang mata hitam, bunga kubis, cendawan, bawang, kentang atau lobak turnip yang telah dimasak atau 1 cawan yang mentah
- 10 biji kacang tanah

Bilberry Plus

NUTRILITE Bilberry Plus 60 softgel




  1. Mengandungi 36mg ekstrak bilberi, yang memberi antosianosida
  2. Mengandungi 5mg ekstrak marigold, yang memberikan lutein
  3. Mengandungi 175mg minyak tuna, yang memberikan 45mg DHA, asid lemak omega-3
  4. Fitonutrien untuk membantu mencapai keseimbangan dietari dan pemakanan optimum
  5. Membantu melegakan keletihan mata
  6. Mengandungi gelatin lembu yang disahkan halal
To order:

sms to 019-9330062

email to awanrinna@yahoo.com

Sunday 4 March 2012

Tips Warna Makanan #2: Biru & Ungu

Tahukah anda ungu adalah warna diraja? Campurkan bijirin atau yogurt kegemaran anda dengan blueberi, blackcurrant, elderberi, rasberi hitam, blackberi atau boysenberi. Enak! Anggur, buah tin dan bilberi adalah pilihan utam lain untuk warna biru manakala terung, kubis merah atau keledek ungu boleh menjadi hidangan lazat yang layak untuk raja dan ratu.

Berapa banyak?

- 3/4 cawan blackberi, blueberi, bilberi, rasberi hitam dan blackcurrant
- 2 biji buah tim atau plum
- 17 biji anggur
- 1/2 cawan kubis merah atau terung yang telah dimasak
1/2 cawan keledek ungu



Supplement berkaitan: Bilberry Plus

Saturday 3 March 2012

Tips Warna Makanan #1: Hijau

Hijau:

Haa, baik kamu ada sayur-sayuran hijau yang anda tidak suka sejak kecil lagi kerana kamu dipaksa memakannya sebelum kamu boleh menikmati desert kn? Same story here,hehe..

Kini kamu pasti telah menyukai beberapa jenis sayuran hijau seperti bayam atau 'collard greens' dalam sup, salad segar dengan daun salad romaine, kubis daun dan mcm-mcm lagi.



sumber gambar: http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ0gBKfVfl8ejBoyze20ZNOslRBij-5OHPFZr1Yswkj8hLJpsN-

Gambar di atas menunjukkan contoh makanan berwarna hijau yang kamu mungkin biasa makan. Tetapi, berapa banyak kamupatut makan?

Hidangan bermanfaat buah-buahan dan sayuran hijau ialah:

1/2 cawan sebarang sayuran hijau yang telah dimasak @ 1 cawan sayuran mentah seperti kubis, bayam, collard greens, daun salad, brokoli, kubis Brussel, kacang hijau dsb.

Suplement yang boleh membantu: Daily


MAANFAAT KESIHATAN WARNA HIJAU:

Makanan dalam rangkaian warna hijau menyokong kesihatan paru-paru dan penglihatan, tulang dan gigi yang kuat serta membantu memudahkan interaksi antara sel-sel dan mengekalkan tumbesaran sel yang sihat.

Jadi, masukkan warna hijau dalam sajian anda untuk mendapatkan manfaat beta-karotena, isotiosianat, luteina, zeaxantin dan EGCG.


Adakah anda makan semua warna sepenuhnya?

JIka kebanyakan makanan yang anda makan berwarna kuning air dan perang, sudah tiba masanya anda mewarnakan pelan sajian yang baru untuk mendapatkan rasa yang membangkitkan selera dan kuara fitonutrien yang menyihatkan.

Apakah fitonutrien dan kenapa ia penting?

Fitonutrien adalah nutrien semula jadi yang terdapat dalam tumbuhan, seperti likopena daripada tomato, resveraterol daripada anggur dan lutiena daripada daun bayam. Fitonutrien menawarkan perlindungan antioksida yang luas dan memberikan banyak manfaat kesihatan tetapi seringkali kita tidak mengambil fitonutrien secukupnya menerusi diet semata-mata.


sumber gambar: http://img.slate.com/media/1/123125/2278929/2279531/110103_colorChart.jpg

Dalam post seterusnya saya akan berkongsi dengan anda berkenaan pecahan warna buah-buahan dan sayuran yang patut anda makan untuk mencapai kesihatan optimum, bersama-sama fitonutrien serta manfaat kesihatan yang berkaitan daripada sepinggan sajian anda yang beraneka warna. Nantikan ya :-)