Laman Ahli

AMWAY hari ini:

Sebagai satu daripada syarikat jualan langsung yang terbesar di dunia, hari ini Amway adalah sebuah syarikat yang berkembang maju. Perniagaan Amway telah berkembang untuk memberikan peluang kepada lebih daripada tiga juta orang di seluruh dunia, memasarkan 450 produk Amway.

Ia kini beroperasi di lebih 80 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan perolehan tahunan melebihi AS $9.2 bilion*. Di seluruh dunia, di mana anda menemui Amway, anda juga akan bertemu dengan mereka yang berkongsi semangat keusahawanan dan yang mahu mencapai kecemerlangan.

Amway adalah pemimpin global dalam sektor perniagaan jualan langsung, dan rakan kongsi yang paling berpengalaman dan memberi sokongan yang diingini oleh mana-mana usahawan yang bercita-cita tinggi.

* Jualan Alticor Inc bagi tahun berakhir 31 Dis 2010


Peluang AMWAY:

Bolehkah kehidupan menjadi lebih baik?


Kehidupan seringkali merupakan pengimbangan antara membuat keuntungan yang anda perlukan dengan mengorbankan kefleksibelan dan masa yang anda ingini, untuk menjalani kehidupan sepuasnya.

Amway adalah suatu alternatif yang menjadikan anda dalam kawalan, membenarkan fleksibiliti untuk anda bekerja bila-bila anda mahu, masa untuk keluarga dan rakan-rakan, serta pendapatan yang anda inginkan.

Peluang Amway bertindak dalam dua cara.

Memberi peluang kepada anda untuk membina perniagaan milik anda sendiri manakala pada masa yang sama membantu orang lain melakukan perkara yang sama.

Peluang Perniagaan Amway disesuaikan secara mudah dengan keperluan dan cita-cita serta berkembang dengannya. Anda boleh mengendalikan perniagaan anda agar menjadi sumber pendapatan yang utama, atau disesuaikan dengan pekerjaan anda sekarang untuk memberi pendapatan tambahan.

Apa sahaja yang anda putuskan, Amway akan menawarkan sokongan peribadi dan latihan yang sesuai untuk anda. Ia adalah keputusan anda. Anda buat pilihan.


Bagaimana anda bermula? 

Pertama, anda ditaja oleh Pengedar Amway yang lain dan anda memperolehi Kit Perniagaan Amway. Seorang Pengedar Amway tidak menerima pembayaran untuk merekrut Pengedar. Beliau menerima pendapatan hanya daripada penjualan produk kepada pengguna. Ganjaran adalah berasaskan semata-mata atas margin daripada jualan produk dan ke atas bonus berasaskan jumlah jualan.

Kit Perniagaan mengandungi risalah-risalah asas untuk kegunaan anda dan untuk berkongsi dengan yang lain. Anda bermula dengan mengembangkan pelanggan dan Pengedar sambil anda melengkapi diri anda dengan perkara-perkara penting untuk membina perniagaan yang berjaya. 

Membentuk Asas Pelanggan Anda

Pelanggan adalah orang yang membeli produk-produk AMWAY daripada anda tetapi mereka bukanlah Pengedar Amway. Satu daripada sumber terbaik untuk membina asas pelanggan ialah kumpulan orang yang anda telah kenali. Kenalan-kenalan ini mencuba produk AMWAY dan menjadi pelanggan anda apabila mereka mengguna dan memesan semula pelbagai barangan AMWAY. Walau bagaimanapun, kami mendapati bahawa di mana-mana orang perlukan produk berkualiti tinggi.

Untuk menjadi Pengedar Amway, anda harus ditaja oleh Pengedar Amway yang lain. Jika anda tidak mengenali sesiapa, anda boleh menghubungi kami dan pihak syarikat akan melantik seseorang untuk anda. 

Anda akan perlu membeli Kit Perniagaan dan melengkapi Borang Permohonan yang dimasukkan dalam Kit tersebut. Kit Perniagaan mengandungi pelbagai risalah yang akan membantu anda memulakannya, seperti Manual Perniagaan, Katalog Produk, Senarai Harga dan panduan untuk Saat Bermula dalam Perniagaan Amway. 

Kit Perniagaan terdapat dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris, dan kosnya ialah

RM90 untuk Semenanjung Malaysia
RM90 untuk Malaysia Timur
B$75 untuk Brunei
S$69 untuk Singapore

Anda juga akan menerima senaskhah Amagram setiap bulan selama setahun. Apabila tiba masa genap setahun daripada tarikh anda mendaftar, anda boleh memilih untuk meneruskan perniagaan ini dengan menunjukkan niat anda untuk meneruskannya dan membayar RM43 / B$35 / S$38 untuk yuran Langganan Amagram anda. 

Bayaran lewat sebanyak RM5, B$5 atau S$5 akan dikenakan jika pemberitahuan diterima selepas tempoh 12 bulan. 

Jom beli kit dan daftar dengan saya! Nyatakan minat anda dengan sms saya di 017-7252903 atau emel ke awanrinna@yahoo.com. Pendaftaran dalam masa 48 jam sahaja! Saya akan pos kan business kit dan sms kepada anda no. ahli anda,k.